Kombinasi yang boleh ada Konsonan desis

Kombinasi yang dibuktikan. wujud, dengan bahasa contoh, adalah seperti berikut. Sila maklum bahawa diakritik-diakritik AFA telah diringkas; sesetengah artikulasi memerlukan dua diakritik untuk dikhususkan betul-betul tetapi hanya satu digunakan supaya ia dapat dibaca tanpa memerlukan fon AFA OpenType. Selain itu, Ladefoged telah menghidupkan semula satu simbol AFA usang, titik bawah, untuk menunjukkan konsonan lelangit gusi apikal (biasanya dimasukkan dalam kategori konsonan gelungan), dan tatatanda itu digunakan di sini. (Sila maklum bahawa notasi s̠, ṣ kadangkala terbalik; kedua-duanya juga mungkin dipanggil konsonan 'gelungan' dan ditulis ʂ.)

AFABentuk lidahDaerah artikulasi
(mulut)
Daerah artikulasi
(lidah)
Contoh bahasa
[s̺̪ z̺̪]lomponggigiapikalSepanyol Eropah tenggara s/z, Kumeyaay
[s̪ z̪]gigi-gusilaminalPoland s, z; Basque z, tz
[s̺ z̺]gusiapikalSepanyol semenanjung utara s;

Basque s, ts;

Mandarin s, z, c (apikal, gigi atau gusi)
[s z]apikal atau laminalInggeris s, z (gusi, lamina;l or apikal);

Sepanyol Amerika atau Eropah barat daya s/z
[s̻ z̻]laminalToda, Ubykh, Abkhaz
[ʃ ʒ]berkubahbelakang gusiapikal atau laminalInggeris sh, ch, j, zh

dan Perancis ch, j ([ʃʷ ʒʷ])
[ʃ̻ ʒ̻]laminalToda; Basque x, tx
[ɕ ʑ]dipalatalkanMandarin x, j, q;

Poland ś, ć, ź, dź;

Ubykh; Abkhaz
[ŝ ẑ]1lompong

(tiada ruang)

Ubykh; Abkhaz
[s̠ ẕ],

[ʂ̻ ʐ̻]
lompong atau datar

(ruang di bawah lidah)
Poland sz, cz, ż, dż ([ʂ̻ʷ, tʂ̻ʷ, ʐ̻ʷ, dʐ̻ʷ]);

Mandarin sh, zh, ch
[ʂ ʐ],
[ṣ ẓ],

dsb.2
lompongapikalUbykh; Abkhaz;

Kumeyaay; Toda; Rusia
[ʂ ʐ]bergulunglelangit (atau postalveolar?)subapikalToda

↑1  ⟨ŝ ẑ⟩ ialah transkripsi untuk tujuan ini. Huruf-huruf AFA ⟨ʆ ʓ⟩ yang lama juga boleh digunakan.

↑2  Buny-bunyi ini biasanya ditranskripsikan ⟨ʂ ʐ⟩. Konsonan desis lelangit subapikal dan belakang gusi apikal tidak dibezakan dalam mana-mana bahasa, tetapi jika perlu, konsonan belakang gusi apikal boleh ditranskripsikan dengan diakritik apikal, seperti ⟨s̠̺ z̠̺⟩ atau ⟨ʂ̺ ʐ̺⟩. Ladefoged mengguna pakai semula subtitik gelungan lama untuk gelungan apikal, ⟨ṣ ẓ⟩. Terdapat juga dalam kajian mengenaik bahasa, misalnya, Hindi dan Norway ialah ⟨ᶘ ᶚ⟩ – artikulasi berkubah [ʃ ʒ] dan tidak boleh menjadi subapikal.

Konsonan desis siulan

Konsonan desis siulan hadir dalam fonem-fonem beberapa bahasa Bantu selatan, yang paling terkenalnya ialah bahasa Shona. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku kerana masalah dalam percakapan atau gigi palsu dan pendakap gigi.

Konsonan desis siulan Shona pernah diperikan dengan pelbagai cara—sebagai dibibirkan tetapi tidak divelarkan, sebagai gelungan, dsb., tetapi tidak satu pun ciri ini diperlukan untuk membuat bunyi desis siulan.[10] Menggunakan AFA Lanjutan, sv dan zv dalam bahasa Shona boleh ditranskripsikan ⟨s͎⟩ dan ⟨z͎⟩. Antara cara lain untuk mentranskripsikannya ialah ⟨s̫⟩ dan ⟨z̫⟩ yang dibibirkan (Ladefoged dan Maddieson 1996) dan ⟨sᶲ⟩ dan ⟨zᵝ⟩ yang dibibirkan serentak (atau ⟨s͡ɸ⟩ dan ⟨z͜β⟩). Dalam transkripsi AFA Shona oleh Doke (1967), konsonan desis siulan ditranskripsikan dengan huruf bukan AFA iaitu ⟨ȿ ɀ⟩ dan ⟨tȿ dɀ⟩.

Selain bahasa Shona, konsonan desis siulan juga dilaporkan terdapat dalam bahasa Kalanga, Tsonga, Changana, Tswa—yang semuanya bahasa Afrika Selatan—dan Tabasaran. Cara konsonan desis siulan diartikulasikan mungkin berbeza dari bahasa ke bahasa. Dalam bahasa Shona, bibir dibundar, dan bibir mungkin digerakkan selepas bunyi dilepaskan. (Maksudnya, terdapat perbezaan antara s, sw, ȿ, ȿw.) Dalam bahasa Tsonga, bunyi siulan adalah lemah; bibir disempitkan tetapi lidah juga digelungkan. Bahasa Tswa mungkin serupa. Dalam bahasa Changana, bibir dibundarkan (juih), seperti bunyi /s/ dalam /usu/, jadi jelas mungkin ada pola fonetik yang unik yang belum betul-betul dikaji lagi.[11]

Rujukan

WikiPedia: Konsonan desis https://books.google.com/books?id=gBeFDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=2ivgDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=cq0PEAAAQBAJ https://literarydevices.net/sibilance/ https://theproaudiofiles.com/vocal-sibilance/ http://www.coracoralina.ueg.br/visao_academica/rev... https://web.archive.org/web/20131203010719/http://... http://www.abralin.org/abralin11_cdrom/artigos/Fla... http://www.speech.umaryland.edu/Publications/Jasa9... https://doi.org/10.2307%2F340806